Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan yang Maha Esa industri pelancongan negara terus berkembang dan kini merupakan sektor kedua tertinggi yang menyumbangkan kepada pendapatan negara. Justeru negara kita kini tampil sebagai sebuah negara pelancongan yang paling popular di rantau ini dengan mencatatkan kehadiran pelancong yang tertinggi di Asia Pasifik.
Tapi ramai yang tidak sedar bahawa industri pelancongan adalah industri yang cukup sensitif. Dalam konteks pelancongan faktor kestabilan politik dan ekonomi negara juga banyak mempengaruhi perkembangan industri pelancongan negara. Secantik manapun atau sebanyak manapun produk pelancongan di negara tersebut, ianya belum tentu dapat menarik pelacong khususnya pelancong asing untuk datang ke negara tersebut jika keadaan di negara tersebut kacau bilau sehingga menggugat keselamatan ketika melancong.
Rusuhan dan demonstrasi jalanan yang berlaku di ibu negara Kuala Lumpur baru-baru ini dan di Kuala Terengganu tidak berapa lama dahulu bukan sahaja memberikan implikasi negatif terhadap imej negara malah turut menarik kemajuan industri pelancongan ke kancah kehancuran.
Tahun 2007 merupakan tahun penting dalam industri pelancongan negara kerana tahun ini kita sedang rancak mempromosikan industri pelancongan negara bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2007. Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit dalam usaha menarik kunjungan pelancong asing ke negara ini menerusi kempen besar-besaran. Hasil daripada pelaburan yang besar ini, kesan kejayaan industri pelancongan negara dapat dinikmati bukan sahaja oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan sektor pelancongan tetapi semua peringkat masyarakat. Peniaga kecil, pengusaha gerai makan, pemandu teksi dan ramai lagi ‘orang kita’ yang akan mendapat percikan nikmat dari limpahan pelancong asing yang datang ke negara kita.
Tetapi jika kekacauan seperti demonstrasi jalanan ini masih terus menjadi budaya dalam negara kita, janganlah kita mengharapkan pelancong asing akan datang berduyun-duyun ke negara kita. Usahlah kita angankan pelancong asing akan datang melancong dan berbelanja di negara kita.
Cuba kita lihat kesan serangan bom di Bali, Indonesia. Sampai sekarang kesannya memberikan imej negatif terhadap destinasi pelancongan bertaraf dunia itu. Cuba pula kita lihat apa yang berlaku di Myanmar dan Pakistan baru-baru ini. Saya percaya anda sendiripun takut untuk bercuti ke negara tersebut.
Secara logiknya pelancong akan memilih destinasi pelancongan yang selamat untuk dilawati. Dalam merancang percutian kita tidak boleh berkompromi dengan faktor keselamatan. Rata-rata meletakkan faktor keselamatan sebagai faktor utama dalam memilih destinasi percutian mereka.
Jangan tunggu pelancong asing datang berduyun-duyun lagi ke negara kita buat masa ini kerana kesan demonstrasi jalanan tersebut sukar untuk dipadamkan mungkin untuk tempoh 6 bulan hingga 1 tahun lagi. Lebih-lebih lagi dengan liputan agensi-agensi berita asing yang ‘tanpa jemu’ menyajikan berita-berita ‘panas’ demonstrasi jalanan di Malaysia di kepada seluruh masyarakat dunia. Justeru apakah tindakan kita dalam memastikan industri pelancongan negara terus mantap dan berkembang maju? Apakah sumbangan anda untuk memastikan industri pelancongan ini terus maju? Apa yang pasti kita perlu lakukan sesuatu dan tidak hanya duduk diam sahaja. Kita harus mempertingkatkan kemajuan industri pelancongan domestik kita dahulu mulai sekarang!
Hentikan demonstrasi jalanan! Hentikan keganasan yang banyak mengundang kesan jangka panjang yang negatif terhadap industri pelancongan negara. Marilah kita bertindak secara bijak dan janganlah mengikut perasaan. Industri pelancongan bukan milik sesetengah pihak dan parti politik tertentu sahaja. Ia milik semua masyarakat Malaysia. Dalam konteks pelancongan kita harus bersatu hati dalam menjayakan aspirasi bersama tanpa mengira latar belakang parti politik. Kita semua adalah aset pelancongan yang cukup berharga.Keamanan, kedamaian dan keharmonian masyarakatnya adalah aset pelancongan negara yang paling penting. Jangan jadikan diri kita sebagai perosak industri pelancongan negara.
Monday, May 5, 2008
Sunday, May 4, 2008
Indahnya Alam Semula Jadi Kita...
Kita mungkin biasa mendengar ungkapan ‘Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni’…. Tapi sejauh manakah kita benar-benar faham pengertiannya ? Dalam konteks ini kita harus memberikan satu definisi dalam skop yang lebih luas. Untuk apa kita perlu ke gunung? Untuk apa kita perlu turun ke lurah? Jika tidak kerana meneroka keindahan alam semula jadi ciptaan yang Maha Esa, apa lagi yang kita inginkan !
Alam semula jadi adalah aset pelancongan kita yang cukup berharga. Kita boleh bina mercu tanda tertinggi di dunia seperti Menara Berkembar Petronas KLCC dan Menara KL dalam tempoh beberapa tahun sahaja, tetapi bolehkan kita bina sepohon pokok jelutung setinggi 100 kaki dalam tempoh yang sama? Mustahil kita dapat tanam pokok dan membesar dalam tempoh yang singkat. Ini menunjukkan betapa berharganya alam semula jadi kepada kita kerana bukan mudah untuk kita mengekalkan khazanah alam ini tanpa usaha dan penglibatan semua pihak. Kita patut berbangga dengan khazanah alam yang kita ada ini industri eko pelancongan di negara kita mendapat perhatian daripada pelancong yang datang dari segenap pelosok dunia.
Syukur kepada Tuhan kerana hampir 60% negara kita masih lagi diselimuti oleh hutan semula jadi. Kekayaan sumber alam inilah yang menjadi tarikan pelancongan yang cukup berharga kepada kita sekali gus menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan negara. Terdapat banyak destinasi eko pelancongan yang menarik untuk dikunjungi antaranya seperti Tasik Kenyir, Taman Alam, Taman Kinabalu, Gunung Stong dan banyak lagi.

Justeru saya berharap agar kita dapat membuka minda kita dengan memberikan satu persepsi yang maha luas tentang alam semula jadi. Marilah kita sama-sama menghargai khazanah alam ini dengan memeliharanya untuk tatapan generasi hari ini dan akan datang.
Saturday, May 3, 2008
Riadah Hujung Minggu
Hujung minggu adalah masa yang sering ditunggu-tunggu. Bagi anda yang mempunyai rutin tugasan di tempat kerja yang membosankan, cuti hujung minggu sesungguhnya nikmat yang cukup berharga dalam kehidupan.
Walaupun cuma satu hari setengah atau ada juga organisasi yang bercuti dua hari seminggu, namun itu sudah cukup memberikan kelegaan selepas sepanjang minggu berhadapan dengan tugasan yang membebankan.
Bila tiba hujung minggu, ada yang hanya berehat di rumah sahaja. Ada juga yang menggunakan masa yang ada untuk pergi berkhelah bersama rakan-rakan ataupun keluarga ke destinasi-destinasi percutian. Apa yang pasti masa cuti hujung minggu akan digunakan sebaik-baiknya untuk aktiviti bermanfaat sekali gus menghilangkan segala tekanan atau stress.Tidak cukup dengan itu, ada juga yang sanggup mengambil cuti tambahan pada hari Isnin kerana mungkin inginkan masa riadah yang lebih panjang.
Dalam kita sibuk mencari tempat untuk beriadah pada hujung minggu, kita perlu mengambil kira beberapa faktor penting agar masa cuti hujung minggu kita dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Paling penting kita dapat memulakan tugas pada minggu yang baru dengan lebih ceria dan bertenaga selepas cuti hujung minggu.
Jika anda memilih untuk mengisi masa cuti hujung minggu anda dengan berkunjung ke destinasi percutian, maka pilihlah destinasi percutian yang tidak terlalu jauh daripada tempat tinggal anda. Elakkan memilih destinasi yang terlalu jauh. Jika boleh destinasi yang dipilih itu jangan lebih daripada 3 jam masa perjalanan. Jika jarak perjalanan menuju ke destinasi itu terlalu jauh dan memakan masa yang lama, kita mungkin akan bosan dan letih mengharungi perjalanan tersebut. Bila balik dari bercuti badan pula terasa letih, cuti hujung minggu yang sepatutnya masa untuk kita merehatkan minda bertukar menjadi stress pula. Jadi saya sarankan kita carilah destinasi percutian yang berhampiran dan menyeronokkan.
Ada banyak destinasi percutian yang boleh kita pergi pada cuti hujung minggu. Bagi anda yang tinggal di sekitar Lembah Klang, anda boleh berkunjung ke taman tema seperti Sunway Lagoon ataupun Genting Highland. Ada pelbagai aktiviti rekreasi yang boleh kita lakukan di sana. Tidak kira bersama keluarga ataupun rakan-rakan kita boleh mengutip detik-detik meriangkan tanpa perlu pergi jauh. Walaupun cuma sehari di taman tema namun ia tentunya cukup untuk kita berikan lontarkan kasih sayang kita kepada keluarga ataupun kawan-kawan. Justeru kita dapat meluangkan masa berkualiti pada hujung minggu bersama insan tersayang dapat kita gunakan dengan sempurna.Buatlah pilihan destinasi yang sesuai agar percutian anda lebih ‘riang dan selesa’.

Subscribe to:
Posts (Atom)